Friday, 19 April 2013

CARA MENANGANI STRESS

BAGAIMANA STRESS MEMPENGARUHI KESIHATAN DAN  PRODUKTIVITI
TAHUKAH ANDA??..Stress mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental anda. Sensitiviti anda tentang diri sendiri dan aspek kesihatan adalah sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Stress merangkumi aspek fizikal, emosi, kelakuan dan mental. Langkah terbaik untuk mengatasinya adalah mengenalpasti tanda-tanda stress iaitu :


Kenali tanda-tanda stress:                                                                                                                 
Fizikal
·        
gangguan tidur
·         sakit kepala/migrain
·         ulser
·         sakit-sakit otot
·         tapak tangan berpeluh
·         sakit perut,bibir kering

Emosi
·         bersedih
·         kebimbangan yang teruk
·         mudah marah,defensif
·         mengelak dari masalah
·         senang dipengaruhi
·         gelisah

Kelakuan
·         mudah terjebak dalam perkara negatif
·         prestasi menurun
·         agresif
·         ambil mudah dalam sesuatu perkara
·         sukar kawal perasaan
·         sukar menerima sesuatu


Mental
·         keliru
·         negatif
·         pelupa
·         celaru
·         kurang tumpuan
·         sukar membuat keputusan
·         celaru

Ketahui 10 cara mudah mengatasi stress anda
1-            Amalkan rutin harian yang mampu melegakan stress.
2-            Tingkatkan daya tahan melawan stress.
3-            Ubah cara berinteraksi dengan faktor sekeliling.
4-            Memahami bahawa cara seseorang individu dengan individu yang lain menghadapi stress adalah berbeza.
5-            Buang hal-hal yang tidak berkaitan
6-            Elakkan merokok dan alkohol.
7-            Berfikir dengan lebih positif.
8-            Lakukan  perkara yang melegakan stress dengan kadar segera.
9-            Elakkan memendam rasa dan berdepan dengan tekanan secara langsung.
10-       Belajar dengan lebih tenang untuk menangani dan menghadapi stress

Lima aset penting menghalang stress

1-   Hobi, rekreasi, sukan dan aktiviti yang memberikan kesihatan fizikal serta keseronokan.
2-   Kerjaya dan kewangan yang stabil.
3-   Keluarga yang harmoni.
4-   Rakan-rakan yang memberi sokongan sosial dan moral
5-   Amalan kerohanian yang memberi ketenangan

“Melakukan kesalahan didalam kehidupan adalah lebih mulia dari menjalani kehidupan tanpa melakukan apa-apa”
George Bernard Shaw

No comments:

Post a Comment