Risiko penyakit jantung merupakan masalah yang sering dikaitkan dengan isu berat badan yang berlebihan. Penyakit ini sering kali diperkatakan apabila isu kesihatan dan kesejahteraan dibincangkan oleh pakar-pakar kesihatan. Peningkatan bilangan individu yang mempunyai berat badan berlebihan kian bertambah dari masa ke semasa.
Pemakanan yang tidak seimbang dikatakan menjadi punca kepada masalah ini. Bagi golongan dewasa, mengawal kolesterol, darah tinggi dan diabetes amat perlu untuk mencegah diserang penyakit jantung.
Masalah kegemukan merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis.
2. Darah tinggi.
3. Penyakit jantung.
4. Kegagalan sistem pernafasan.
5. Kegagalan sistem perkumuhan.
6. Kanser dan sebagainya.
Namun begitu, usaha untuk mengatasi masalah kegemukan seringkali menyebabkan kita tewas disebabkan naluri untuk menikmati makanan yang dihidangkan adalah tinggi. Ditambah lagi, pengambilan pemakanan yang sihat sangat perlu untuk memberi tenaga.
No comments:
Post a Comment