Friday, 19 April 2013

CARA MENANGANI STRESS

BAGAIMANA STRESS MEMPENGARUHI KESIHATAN DAN  PRODUKTIVITI
TAHUKAH ANDA??..Stress mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental anda. Sensitiviti anda tentang diri sendiri dan aspek kesihatan adalah sangat penting untuk menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Stress merangkumi aspek fizikal, emosi, kelakuan dan mental. Langkah terbaik untuk mengatasinya adalah mengenalpasti tanda-tanda stress iaitu :


Kenali tanda-tanda stress:                                                                                                                 
Fizikal
·        
gangguan tidur
·         sakit kepala/migrain
·         ulser
·         sakit-sakit otot
·         tapak tangan berpeluh
·         sakit perut,bibir kering

Emosi
·         bersedih
·         kebimbangan yang teruk
·         mudah marah,defensif
·         mengelak dari masalah
·         senang dipengaruhi
·         gelisah

Kelakuan
·         mudah terjebak dalam perkara negatif
·         prestasi menurun
·         agresif
·         ambil mudah dalam sesuatu perkara
·         sukar kawal perasaan
·         sukar menerima sesuatu


Mental
·         keliru
·         negatif
·         pelupa
·         celaru
·         kurang tumpuan
·         sukar membuat keputusan
·         celaru

Ketahui 10 cara mudah mengatasi stress anda
1-            Amalkan rutin harian yang mampu melegakan stress.
2-            Tingkatkan daya tahan melawan stress.
3-            Ubah cara berinteraksi dengan faktor sekeliling.
4-            Memahami bahawa cara seseorang individu dengan individu yang lain menghadapi stress adalah berbeza.
5-            Buang hal-hal yang tidak berkaitan
6-            Elakkan merokok dan alkohol.
7-            Berfikir dengan lebih positif.
8-            Lakukan  perkara yang melegakan stress dengan kadar segera.
9-            Elakkan memendam rasa dan berdepan dengan tekanan secara langsung.
10-       Belajar dengan lebih tenang untuk menangani dan menghadapi stress

Lima aset penting menghalang stress

1-   Hobi, rekreasi, sukan dan aktiviti yang memberikan kesihatan fizikal serta keseronokan.
2-   Kerjaya dan kewangan yang stabil.
3-   Keluarga yang harmoni.
4-   Rakan-rakan yang memberi sokongan sosial dan moral
5-   Amalan kerohanian yang memberi ketenangan

“Melakukan kesalahan didalam kehidupan adalah lebih mulia dari menjalani kehidupan tanpa melakukan apa-apa”
George Bernard Shaw

Sunday, 7 April 2013

RISIKO KEGEMUKAN

Risiko penyakit jantung merupakan masalah yang sering dikaitkan dengan isu berat badan yang berlebihan. Penyakit ini sering kali diperkatakan apabila isu kesihatan dan kesejahteraan dibincangkan oleh pakar-pakar kesihatan. Peningkatan bilangan individu yang mempunyai berat badan berlebihan kian bertambah dari masa ke semasa.

Pemakanan yang tidak seimbang dikatakan menjadi punca kepada masalah ini. Bagi golongan dewasa, mengawal kolesterol, darah tinggi dan diabetes amat perlu untuk mencegah diserang penyakit jantung. 

Masalah kegemukan merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :

1. Diabetis.
2. Darah tinggi.
3. Penyakit jantung.
4. Kegagalan sistem pernafasan.

5. Kegagalan sistem perkumuhan.
6. Kanser dan sebagainya.


Namun begitu, usaha untuk mengatasi masalah kegemukan seringkali menyebabkan kita tewas disebabkan naluri untuk menikmati makanan yang dihidangkan adalah tinggi. Ditambah lagi, pengambilan pemakanan yang sihat sangat perlu untuk memberi tenaga.



 

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BENTUK BADAN YANG SEIMBANG

Bentuk badan yang menawan merupakan satu perkara yang menjadi idaman setiap individu khususnya kaum wanita masakini. Bentuk badan yang menarik dapat mempengaruhi tahap keyakinan seseorang wanita serta dapat mempengaruhi pergaulan sosial mereka. Bentuk badan merupakan suatu sifat yang sangat berkait rapat dengan pengumpulan lemak didalam tubuh.  

Apabila berlaku lebihan lemak dalam tubuh maka ia akan meningkatkan risiko kepada masalah kesihatan. Menurut Myers (2004), kegemukan akan berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak didalam tubuh badan meningkat.
Kaedah yang biasa digunakan untuk mengukur data asas tahap kegemukan ialah menggunakan Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI). Ia digunakan melalui pengiraan berat badan (Kg)/ ketinggian (m2).

Antara faktor yang menyebabkan terkumpulnya lebihan lemak didalam tubuh.

1. Faktor genetik.
2. Senaman yang tidak mencukupi.
3. Pemakanan yang tidak seimbang.
4. Hormon yang terhasil.
5. Pengambilan ubat-ubatan.

Justeru itu adalah penting bagi setiap individu mengambil berat tentang saiz dan bentuk badan yang dapat menggambarkan tahap kesihatan dan gayahidup yang diamalkan.